Khamis, 5 Januari 2012

Gossip - Jawapan balas Amalina Che Bakri Melalui Skype Kepada Wartawan di Malaysia

Update: Jawapan Amalina Che Bakri sendiri

“Kepada anda yang berada di luar sana, jangan risau, jangan bimbang, im doing fine here, terima kasih kepada semua nasihat yang anda berikan kepada amalina, saya akan jadikan iktibar dan teladan. tapi ada komen yang sedikit mencalarkan hati amalina. if you want to give me advice harap janganlah terlalu emosi hingga babitkan ibubapa, keluarga,” kata pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia 2005 yang memperolehi keputusan 17A1, Nur Amalina Che Bakri.

Kumpulan wartawan tempatan dari TV9, Astro Awani, Harian Metro, Sinar Harian, Berita Harian dan Utusan Malaysia sebentar tadi berpeluang menemubual Nur Amalina Che Bakri di rumah ibunya di Kota Tinggi, Johor bagi mendapatkan gambaran jelas mengenai pelbagai tohmahan di media sosial mengenai perkembangan terkini dirinya yang masih berada di United Kingdom. Sumber : Hazrey (Jurnalis)





Pada aku, setakat memakai pakai macam tu dekat UK bukannya big deal sangat pun. Dia bukanya jadi macam Sufiah Yusof yang buat benda yang bukan-bukan. Untuk makluman Sufiah Yusof adalah seorang pelajar genius math university oxford rakyat Malaysia yang menggemparkan dunia terutamanya kerana mengambil gambar-gambar erotik untuk beberapa majalah.

Jika nak dibandingkan Amalina Che Bakri dengan anak gadis di Malaysia aku rasa yang dekat Malaysia ni lagi teruk. Sampai beranak pinak walaupun belum berkahwin. Amalina Che Bakri hanyalah mengamalkan fasyen dan bukannya berkelakuan tidak baik. Walaupun dalam Islam ditegah berpakaian seksi, tapi apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan orang di Malaysia. Janganlah hanya kerana Amalina Che Bakri merupakan SOMEBODY, kita menghukum beliau dengan fitnah dan kata-kata nista. Peace!

Laporan asal beritasemasa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...