Honda telah menunjukkan kereta konsep terbarunya pada Tokyo Motor Show yang dipanggil EV-STER. Kereta ini direka untuk menyahut seruan dunia yang menggalakkan penggunaan kereta kuasa elektrik. Yes, tentu sekali kereta ini mengunakan elektrik sepenuhnya. Berdasarkan maklum balas yang positif daripada motor show ini, Honda telah memutuskan untuk merealisasikan projek ini dan meletakkan EV-STER dalam senarai pengeluaran.
Menurut sumber dalaman Honda telah mencadangkan kereta ini akan siap dibina pada tahun baru akan datang. Honda EV-STER juga menawarkan enjin petrol yang lebih konvensional sebagai tambahan kepada kereta elektrik ini.
Laporan asal autoblog
Tiada ulasan:
Catat Ulasan