Sabtu, 31 Disember 2011

Creative - Ferrari V4 Superbike (6 Gambar)

Superbike rage ciptaan Ferrari!

Superbike V4 oleh ferrari bakal menggegar trek-trek berhampiran rumah anda. Ferrari V4 Superbike direka oleh Israel Amir Glinik salah seorang pereka yang menakjubkan dan dalam tradisi jenama Itali. Persoalannya sekarang ialah sama ada ia akan bergerak dari kertas untuk pengeluaran, terutamanya jika mereka mengatasi beberapa masalah teknikal yang masih belum selesai. Motosikal konsep berkuasa tinggi ini juga bakal menggunakan enjin V12. Sedar akan tanggungjawab Ferrari sebagai pengeluar kenderaan yang memiliki reka bentuk yang menarik, pereka bentuk ciptaan ini menciptanya dengan agresif dan futuristik, lebih seperti jet  tetapi pastinya menarik dan tersendiri.

Bagaimanapun memandangkan pereka bentuk Ferrari V4 Superbike ini adalah seorang yahudi, adalah digalakkan umat islam 1Malaysia tidak membeli motosikal ini kerana takut terpengaruh dengan dakyah-dakyah Yahudi dan Freemason. Lulz!

Creative - Kasut Nike Pentium

Gaga gaga!



Gabriel Dishaw telah mencipta  replika kasut yang menyerupai kasut tenis klasik Kasut ini telah dicipta hasil daripada idea beliau untuk melakukan sedikit ujikaji terhadap barangan terpakai komputer. Hasil temu bual pihak Wajib blog dengan Gabriel Dishaw iaitu pencipta kasut ini menyatakan hasil seni ini memberikan beliau satu cara untuk mendekatkan dirinya dengan alam sekitar yang selama ini terpisah jauh dengannya.

 

Laporan asal obviousmag

Creative - Balutan Coklat Yang Kreatif (28 Gambar)

Sweet nectar of god


Jika anda pernah ke Langkawi pasti familiar dengan coklat yang terdapat dalam gambar dibawah. LOL. Just joking. Langkawi hanya terkenal dengan coklat Daim yang balutan macam balut tinja saja. Get mad bro? Yes, this is fact, coklat Malaysia masih belum mampu menandingi coklat pasaran antarabangsa. Di sini disertakan sebahagian gambar balutan coklat yang kreatif.


Creative - Potrait Daripada Patung Askar (12 Gambar)

Askar China!


Dihasilkan dengan menggunakan lebih daripada 5500 askar mainan. Potret seorang askar China yang diambil oleh jurugambar Robert CAPA. Imej ini telah digunakan pada kulit depan majalah LIFE, Januari 1938 untuk menampung Perang Sino Jepun. Oleh kerana askar mainan ini dibuat di China, oleh itu tajuk potrait ini juga "Made in China".

Jumaat, 30 Disember 2011

Cool - USB Collector: Tambah Memori

Memori gabungan!

Hub USB flash drive merupakan salah satu rekaan konsep yang hebat dibina menjadi dalam beberapa bahagian kad memori yang boleh digunakan. Ideanya adalah mudah. USB Stick menempatkan kad memori kapasiti kecil. Kini memori kad lama yang kecil boleh dihimpun-gunapakaikan diguna semula dalam bentuk flash drive!



Laporan asal yankodesign


Creative - Deglon: Set Pisau Paling kreatif


Tahap kreativiti yang maksima!

Set Pisau Dapur rekaan Mia Schmallenbach indah direka bukan sahaja praktikal tetapi juga mempunyai nilai seni. Rekaannya telah memenangi hadiah pertama Anugerah Rekaan Kutleri Eropah tahun ini dan amat berbaloi didapati kerana ia dihasilkan oleh ahli kutleri profesional Perancis yang sememangnya terkenal dengan rekaan yang unggul.



Laporan asal amazon

Cool - BMW Superbike Ghost


Bird of prey

Ghost BMW adalah gambaran sepintas lalu bagaimana konsep motosikal generasi akan datang akan kelihatan.  This is sure cool bro! Rekaan yang dinamik ini diciptakan oleh Marko Petrovic berkeupayaan 1600cc, mempunyai enjin 6 silinder dan rekaan suit yang sangat-sangat menggerunkan. Ahhh nghhh! Klimaks! Reka bentuk semula jadi dan inovatif.

Cool - Fujitsu Flexbook


Terbaik punya Fujitsu!

Satu lagi rekaan konsep notebook berteknologi tinggi direka oleh Hao Chun Huang. Sebuat notebook yang dinamakan flexbook kerana keupayaannya boleh dilipat-lipat. Flexbook juga mempunyai ciri-ciri utama seperti mempunyai sendi yang fleksibel yang membolehkan anda untuk menjadikannya pada saiz yang paling optimum dan mengkonfigurasi komputer riba untuk menjadi tablet atau notebook dlm sekelip mata. Ciri-ciri komputer ini termasuklah papan kekunci kalis air, kulit getah swappable,  skrin sentuh 21:09 - 180 darjah swivel yang menjadikannya e-book, tablet dan notebook sekali gus.

Creative - Beg Pintar Dengan Pengecas Bateri


Beg berat? Bateri smart phone habis? Problem solved!

Letih dengan beg troli yang terpaksa di tunda? Kebetulan smartphone anda habis bateri?  Nah! beg pakaian troli yang membekalkan tenaga kinetik melalui putaran roda. Bukan saja tak perlu lenguh lagi menunda beg akademi fantasia anda malah dapat tenaga eletrik untuk smartphone anda percuma! Idea yang kreatif! Beg ini direka oleh Jung Inyoung.

Cool - Samsung Galaxy Skin


Epic phone!

Berikut adalah telefon konsep daripada jenama android terkemuka Samsung. Skrin yang boleh dilipat-lipat, shit, what kind of technology that we have now?? Sungguh beyond daripada CSL syarikat telefon bimbit Malaysia. Nevermind. Projek ini telah dibuat dalam kelas untuk Bakat Baru Program Samsung di Jabatan Kejuruteraan Universiti Hongik. Bakat Baru Program Samsung adalah landasan kerjasama antara Samsung dan Jabatan Kejuruteraan Universiti Hongik.


Awesome - Electric Ferrari Millenio


Kereta elektrik buatan Ferrari!

Millenio Ferrari nama yang menggambarkan betapa futuristik kereta konsep ini yang mempunyai kombinasi yang kompleks daripada bahan-bahan dan teknologi yang boleh diharapkan supaya akan menjadi realiti sebelum alaf yang akan datang. Kedua-dua tempat duduk termasuk rangka badan yang lebih kuat daripada besi dan lebih ringan daripada serat karbon serta dua enjin elektrik yang boleh dicaj semula melalui panel solar atau melalui sistem pemindahan kuasa induktif. Satu lagi kereta yang membuatkan aku climax! Enjoice!

Shit - 82 Tahun Peluru Dalam Kepala

Headshot!!




Peluru tidak disedari di dalam otak untuk lebih daripada lapan puluh tahun, lebih lama daripada giginya. Peluru itu telah berada di kepala seorang lelaki Rusia, yang tidak sengaja ditembak di kepala ketika berumur 3 tahun dan tidak disedari selama 82 tahun, paling menakjubkan ia tidak memberi kesan buruk.



Kejadian berlaku ketika berumur 3 tahun, mangsa secara tidak sengaja ditembak abangnya di bawah hidung. Peluru tersebut kekal di dalam kepalanya sehingga ke hari ini. Bagaimanapun doktor tidak melakukan pembedahan setelah menyedari terdapat sebutir peluru di dalam kepalanya kerana risau menyebabkan kerosakkan otak yang kekal.



Mangsa berusia tiga tahun tidak sedarkan diri selama-berjam-jam, tetapi sangat luar biasa, membuat pemulihan yang lengkap. Dr Richard O'Brien, jurucakap American College of Physicians Kecemasan memberitahu 'Tubuh manusia mempunyai kemampuan menakjubkan ketika kanak-kanak kerana mempunyai keupayaan yang besar untuk mengatasi kesusahan dan membina diri sendiri apabila cedera".


Laporan asal dailymail

Funny - Gadis Break Dance Guna Kening

My new life goal is to find her and marry her

Video seorang gadis yang meniru aksi iklan Cadbury. Cute dan lawak. Sila enjoice video di bawah!





Iklan Cadbury



Cool - Perjalanan Bagasi di Depot Airport

Lepas ni boleh release video perjalanan ke hostel perempuan


6 bagasi telah di lepaskan di depot Delta Air Lines dengan enam kamera video di sembunyikan di dalam bagasi tersebut. Bagasi ini merakam setiap proses pemeriksaan bagasi. Penerbangan dari Atlanta ke New York City menunjukkan perjalanan di sebalik tabir bagasi daftar masuk. Sila layan video di bawah. Menarik!

Worst - Blackpool Dilanda Buih

Boleh mandi buih!


Sebuah kapal tangki yang membawa bahan detergen telah terbalik di perairan Blakcpool. Ini menyebabkan laut diselaputi buih-buih yang terhasil akibat kocakan ombak. Lebih teruk, angin kuat yang membadai perairan Blackpool telah menyebabkan buih-buih ini terbang dibawa angin sehingga ke darat. Hal ini membuatkan kota itu dipenuhi dengan buih sepanjang jalan. Visual ini jarang diperhatikan. Sila enjoice!



Laporan asal dailymail

Cool - Chimpanzee Menghidupkan Api

Proses evolusi? Yes, ini adalah abang anda


Lihat telatah chimpanzee yang diberi nama Kanzi ini. Gelagat haiwan ini telah menarik perhatian dunia yang pandai menghidupkan api. Kalah kawan aku yang diberi gelaran dewa api yang selalu menjadi menghidupkan api semasa camping. Kanzi suka makan yang dimasak dan tidak gemarkan sushi walaupun namanya ala-ala yakuza Jepun. Layan!



Cool - Senibina Bebas Gempa Bumi


Senibina yang menghentikan kejadian alam!

Walaupun bilik persidangan ini yang paling buruk anda pernah melihat, dan anda memang tidak akan bekerja di syarikat ini pun. Memperkenalkan sebuah bilik persidangan yang bebas daripada gegaran gempa bumi. Direka oleh Arkitek Lassen Schmidt Hammer dan dibina di Copenhagen, ia sebahagian daripada ibu pejabat Bank Denmark Nykredit, yang mempunyai jumlah tiga bilik anti gempa bumi seperti ini.

Binaan ini boleh dilihat dari hampir di mana-mana sahaja dalam struktur kiub kaca sepuluh tingkat. So tiada alasan lagi untuk pekerja Bank Denmark Nykredit untuk datang lewat ke mesyuarat dan tiada lagi kebimbangan jika gempa bumi berlaku.



Laporan asal core77

Khamis, 29 Disember 2011

Cool - Transformasi Pakaian Angkasawan

No bra included!


Kisah pakaian angkasawan Apollo adalah kisah yang mengejutkan dan kemenangan yang tak dijangka. Playtex, kontraktor industri ketenteraan yang besar kedudukannya dalam ketenteraan telah mendapatkan kontrak pakaian angkasawan. Salah satu aspek yang paling menarik daripada pakaian angkasa adalah bukti kombinasi kreativiti dan idea menciptanya.


Info - Baucar RM200 Untuk Pelajar IPTA/IPTS

Sharing is caring


Bajet 2012 memperuntuk kan RM200 untuk setiap pelajar di IPTA, IPTS, Politeknik, Matrikulasi/Asasip Sains dan pelajar Tingkatan 6.syarat-syarat untuk mendapatkan Baucer ini adalah seperti berikut :

1. Semua pelajar warga negara Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar aktif di IPTA, IPTS DAN POLITEKNIK mengikuti pengajian pada peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Ph.D,matrikulasi/asasi dan pengajian persediaan termasuk pelajar di tingkatan 6 secara sepenuh masa dan separuh masa di institusi pengajian tinggi dalam negeri pada Januari 2012 layak mendapat baucar buku bernilai RM200

2. Pengagihan baucar buku kepada pelajar-pelajar dibuat melalui IPTA, IPTS, Politeknik dan sekolah masing-masing dalam bulan Januari 2012. Sila hubungi IPT dan sekolah masing-masing untuk untuk mengambil baucar berkenaan.

3. Semua IPT telah menyediakan senarai nama pelajar, berserta nombor Kad Pengenalan dan Nombor Metrik / Nombor pendaftaran mereka yang layak. Pelajar perlu memastikan nama, no. kad pengenalan dan cop IPT masing-masing diisikan pada setiap keping baucar yang bernilai RM50.00 setiap keping.

4. Baucar buku boleh ditebus di semua kedai buku yang menyertai program ini dan penyertaan kedai buku adalah terbuka kepada semua.

5. Baucar ini adalah untuk pembelian buku – buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing. BukuInterlok dah tak perlu dibeli kerana dah dikeluarkan sebagai buku teks sastera.

6. Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012

7. Tempoh masa sah laku baucar buku ini adalah selama tiga bulan mulai daripada 1 Januari hingga 31 Mac 2012.

8. Pelajar tidak dibenarkan sama sekali menebus baucar buku ini dengan wang tunai.


Laporan asal denaihati

Cool - Charred Cedar House

Rekaan bujang yang syuuuuur!

Charred Cedar House diberi nama begini kerana warna rumah yang seakan-akan arang dan tentu sekali untuk orang bujang! Well, kalau family pun okay juga nak stay dalam rumah ni. Rekaan Charred Cedar House oleh Naf Architect & Design. Lokasi rumah ini terletak di Hiroshima Japan. Jom riki rumah ini!


Shit - Macbook Pro Salut 24kt Emas Dan Berlian


Serius wasted shit!

Ini memang hebat tapi tak perlulah sampai nak bersepuh emas 24 karat dan bertatah intan permata. Whоever yang beli Macbook Pro ni memang fukken rich, but they are dеsperately lооking  fоr attention juga! Sohai!

Awesome - Base Kapal Selam Bawah Tanah Russia

Base yang awesome!

Ia adalah base kapal selam bawah tanah dan dock yang terbesar dalam Kesatuan Soviet. Selepas kejatuhan  Kesatuan Soviet tentera Russia meninggalkan Ukraine base dan dock ini ditinggalkan begitu sahaja. Sebahagian base ini masih dibiarkan seperti asal dan bahagian lain telah ditukar kepada muzium.

Cool - HULC Exoskeleton


Human Universal Load Carrier!

HULC exoskeleton dicipta untuk membantu askar memindahkan item berat melalui rangka kaki titanium yang dipasang pada anggota tentera terbabit tanpa menyulitkan pergerakkan badan. HULC adalah sebuat alat yang tidak terikat dan menggunakan kuasa hidraulik dengan keupayaan membawa beban sehingga 100 kg pada satu-satu masa! Rangka pengangkut beban ini juga boleh digunakan di setiap bentuk muka bumi dan pada bila-bila masa. Sila enjoice!

Creative - Dapur Kompak

Serbaneka!

Direka oleh Kitchoo, dapur mempunyai fungsi mudah-alih seperti pencuci pinggan, microwave, peti sejuk-freezer, dapur atas, alatan dapur, dan tong sampah.

Creative - iRetro Phone

Phone base yang gila retro!


Jika anda adalah pemilik iPhone yang gemarkan baju bundle barangan retro, ini mungkin item paling sesuai untuk diletakkan di dalam rumah mahupun pejabat.

Creative - Tayar Kereta Masa Depan

Energy return wheel

Pencipta tayar kereta Brian Russell memperkenalkan satu lagi tayar non-pneumatik berupaya secara aktif menyerap dan membebaskan tenaga hentakkan. Syarikat ini bagaimanapun berhenti mengemas kini laman web mereka di sekitar '08 atau '09, jadi projek ini pada mulanya digambarkan ini merupakan satu lagi teknologi yang telah terbengkalai, tetapi pihak syarikat bagaimanapun masih menjawab pertanyaan di YouTube baru-baru ini mengatakan produk hanya terperangkap dalam pembangunan yang pesat.

Cool - China Melancarkan Bullet Train Baru

500 KM/J! Nghhhh!


Pengilang kereta api China CSR Corp Ltd mengumumkan kelajuan bullet train terbarunya mencecah 500 km/j (310 mph) dalam ujian kereta api berkelajuan tinggi pada hujung minggu lalu. Kereta api ini terdiri daripada enam jenis, dibentuk untuk kelihatan seperti pedang purba, diperkukuh dengan gentian karbon, dan mempunyai kuasa maksimum tarikan 22800 kilowatt.

Projek-projek lain yang sedang dalam pembinaan termasuk 310 mph kereta api Maglev yang dirancang oleh Southwest Jiaotong University, Tokyo ke Osaka. Kereta api peluru ini dirancang bagi 2045 dan dicadangkan kelajuannya hanya 269 mph untuk projek kereta api Maglev dari Anaheim ke Las Vegas. Ini adalah sebahagian daripada usaha China untuk membina 13,000 kilometer (8078 batu) rangkaian kereta api berkelajuan tinggi menjelang 2012, dan kira-kira 20,000 km (12.427 batu) menjelang tahun 2020 yang mencecah trillion juta USD.

Ini merupakan pelancaran kereta api kelajuan tinggi terbaru selepas beberapa siri berkaitan masalah kereta api  sepanjang 2011 di mana bekas Kementerian Ketua Keretapi , Liu Zhijun, telah dituduh disogok $ 122 juta dan kemudiannya ditamatkan dari kedudukannya.Selain itu diikuti dengan perlanggaran pada satu Julai di antara dua kereta api kelajuan tinggi di Wenzhou, yang membunuh sekurang-kurangnya 40 orang dan mencederakan yang lain 210. Namun, ujian baru keretapi ini telah berjaya mendahului pada 310 batu sejam dan mungkin kegagalan lama dilupakan begitu sahaja.

Laporan asal engadget

Cool - Pejabat Harley Davidson di India


Serang pejabat Harley Davidson pula!

Harley Davidson telah meletakkan menyasarkan India sebagai target market mereka pada tahun 2010. Justeru pihak Harley Davidson telah memilih untuk membina ibu pejabat mereka di Gurgaon, pusat yang terkemuka di negara perindustrian dan kewangan. Morfogenesis, sebuah firma seni bina yang memenangi anugerah telah dipilih untuk membina projek tersebut.

Warna syarikat, model motosikal, dan bahagian-bahagian tertentu di dalam pejabat telah direkabentuk untuk mencerminkan jenama Harley Davidson.

Ruang ini juga diwujudkan untuk membentuk hubungan pekerja secara semula jadi dan lebih erat. Dalam usaha untuk mewujudkan suasana kerja yang interaktif, ruang pejabat telah diilhamkan untuk menjadi satu, bersatu, ruang yang ketara dengan kandang padat yang akan membuka dan mengubah ke dalam ruang perhimpunan.

Walaupun ruang bertujuan untuk menyampaikan jenama Harley Davidson, terdapat beberapa penekanan yang diberikan untuk membawa masuk beberapa elemen rekabentuk tempatan. Salah satu ciri itu jaalis, atau seksyen dinding berlubang bahawa ruang berasingan pada masa yang sama menjaga privasi dan konsep terbuka pada masa yang sama.



Laporan asal officesnapshots

Cool - iPen Cregle: Stylus untuk ipad

Smooth!


iPen stylus digitizer aktif untuk pengguna iPad yang menjanjikan lukisan lebih tepat dan jitu. Ini adalah pengiktirafan buat stylus ini yang memberikan tulisan tangan yang lebih natural dengan rekaan mata yang halus.

Ia berfungsi dengan aplikasi penerima ultrasonik dan inframerah yang disambungkan ke dock iPad, yang menggunakan kuasa bateri. Stylus ini  mampu untuk mengira kedudukan iPen pada skrin iPad dengan menambah sensitiviti dan ketepatan jauh lebih besar daripada hanya menggunakan touchpanel iPad sahaja.



Laporan asal theverge

Info - Infografik Sepanjang Hayat Steve Jobs

Farewell Steve!


Satu infografik mengenai kehidupan Steve Jobs semasa hayatnya oleh Apple.

Rabu, 28 Disember 2011

Shit - Pen Dikeluarkan Dari Perut Setelah 25 Tahun

Pen masih boleh guna! 


Seorang nenek 76 tahun yang mengadu sakit perut dan mengalami cirit-birit serta penurunan berat badan yang melampau dikejarkan ke Hospital Royal Devon & Exeter . Setelah menjalani imbasan CT, doktor di hospital terbabit terkejut kerana terdapat sebatang dildo pen di dalam sistem pencernaan si nenek. Bagaimana pun si suami nenek ini tidak percaya akan kewujudan pen di dalam sistem pencernaan si nenek.

Namun setelah dicerita dengan panjang lebar oleh si nenek, si  suami pun akur dengan cerita tersebut "what kind of sorcery is this??" sambil menjerit tidak puas hati. Menurut cerita si nenek, pen tersebut ditelan secara tidak sengaja ketika dia terjatuh semasa nak check kerongkong.

Sebaik sahaja pembedahan berjaya dilakukan, pen itu dipertontonkan kepada orang ramai  menunjukkan tanda karat oleh asid dalam perut wanita dan agak melekit disebabkan oleh plastik cair. Paling menggemparkan doktor, pen masih berfungsi sepenuhnya walaupun telah berada di dalam perut selama lebih 25 tahun.
*Pen dok dalam perut cerita biasa-biasa saja. Tapi pen masih boleh guna!


Laporan asal metro



Info - Malaysia, Internet dan Rangkaian Sosial

Fakta bukan auta


Satu infografik daripada amanz.my.


Laporan asal fanpage amanz.my

Cool - Hyper Realis Sculpture Daripada Pembuat Kostum Avatar

Realis tahap dewa


Hyper-realis arca yang dicipta oleh Jamie Salmon, yang menjalankan kerja-kerja studio untuk kostum dan arca Avatar di Vancouver, Kanada. Jamie Salmon bersama dengan isterinya Jackie K. Seo berganding bahu untuk mencipta arca hyper-realistik. Tema utama mereka ialah potret dan tokoh-tokoh hidup. Beliau menggunakan bahan-bahan seperti silikon, gam, rambut dan fabrik terpilih.


Cool - Gambar Efek Pada Kelajuan Tinggi

Memang laju!


Gambar efek peluru menembusi objek ini telah diambil oleh Jurugambar Alan Sailer bagi menunjukkan kesan musnah dan mencari corak batik tersembunyi yang mempunyai kalimah nama tuhan-tuhan setiap agama bagi membendung aktiviti-aktiviti freemason. Okay, this is not funny. Kick my ass please.

Worst - Honda Melupus Kereta Akibat Bencana Banjir

Wasted!

Banjir terburuk dalam tempoh 50 tahun di Thailand menyebabkan berbilion-bilion kerosakan. Antara puluhan ribu perniagaan yang terjejas oleh bencana ialah Honda. Kilang Honda di wilayah Ayutthaya telah terjejas teruk, dan dalam usaha untuk memastikan bahawa kenderaan yang rosak tidak pernah dijual kepada pengguna, pembuat kereta Jepun telah mula memusnahkan lebih 1,000 kenderaan yang rosak semasa banjir itu. Pekerja Honda telah mula melupuskan kira-kira 1055 buah kenderaan yang tenggelam semasa banjir menggunakan peralatan penghancur pembinaan. Sila ratapi dengan penuh enjoice gambar-gambar dibawah!

Awesome - Video Yang Win Sepanjang 2011

So much win bro!


This is the best win during the year 2011. Koleksi-koleksi video ini telah disunting menjadi 1. Enjoice!



Selasa, 27 Disember 2011

Creative - Leaf Tie Cable

Really nice!


Kabel berdaun ini direka oleh pereka Lufdesign Korea mungkin dikelirukan dengan tumbuh-tumbuhan yang diperbuat daripada plastik. Kabel ini mempunyai satu atau dua daun yang seakan-akan tumbuh dari objek yang diikat. Selain sebagai hijau, kabel ini  juga boleh didapati dalam warna-warna yang kurang realistik termasuk merah, putih, koko dan biru.

Creative - Sky Planter

Unik!


Direka oleh Patrick Morris, merupakan satu ite unik dan stуlo jika berada di dapur rumah anda. Rekaan ini tidak hanya untuk estetika tetapi memiliki fungsi yang baik. Anda tidak perlu lagi susah-susah minta daun pandan daripada jiran anda yang berbelah-bahagi nak bagi.

 

Laporan asal visboo

Cool - Hidangan McDonald's Yang Exotic di Seluruh Dunia

McDonald adalah salah satu rangkaian restoran makanan segera terbesar di dunia. Ia merupakan kira-kira 64 juta pelanggan di lebih 31 000 rantaian di 119 buah negara setiap hari. Oleh kerana demand rasa dan resepi tempatan, McDonald mennyajikan makan eksotik yang berbeza pada menu di setiap negara. Ini adalah beberapa contoh item menu tersebut.

Creative - Darth Vader Dibuat Daripada Peralatan Makanan

Hail Lord Vader!

Lihatlah bagaimana kreatif seniman Perancis, Alain Bellino apabila membuat patung Darth Vader ini daripada peralatan dapur terpakai.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...