Jumaat, 23 Disember 2011

Info - Wang Kertas Malaysia Siri Baharu 2012

Nice!
Tahun 2011 bakal berakhir dengan 1 lagi pelepasan wang kertas Malaysia baharu oleh Bank Negara Malaysia(BNM). BNM telah melancarkan wang kertas Malaysia  siri baharu dan syiling pada 21 Disember 2011. Namun rakyat Malaysia hanya akan dapat menggunakan wang kertas Malaysia siri baharu ini pada Julai 2012. Berbeza dengan duit syiling, ianya boleh digunakan selepas pelepasannya pada awal tahun 2012. Wang kertas terbaru ini bertemakan “Keunikan Malaysia” yang memaparkan ekspresi tradisional berilhamkan seni dan kraf tangan, keajaiban alam semula jadi, flora dan fauna, ekonomi dan tradisi. Edisi kali ini mempamerkan kejutan dengan menggunapakai semula nilaian RM20 sebagai wang kertas setelah dihentikan pengeluarannya pada tahun 1995. BNM memperkenalkan wang kertas RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100. Wang kertas RM1 dan RM5 diperbuat daripada polimer, manakala wang kertas RM10, RM20, RM50 dan RM100 masih kekal sebagai mata wang kertas. 




Berikut adalah sampel wang kertas dan syiling yang akan mula digunapakai pada tahun 2012...







Laporan asal Bank Negara Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...