Khamis, 29 Disember 2011

Cool - iPen Cregle: Stylus untuk ipad

Smooth!


iPen stylus digitizer aktif untuk pengguna iPad yang menjanjikan lukisan lebih tepat dan jitu. Ini adalah pengiktirafan buat stylus ini yang memberikan tulisan tangan yang lebih natural dengan rekaan mata yang halus.

Ia berfungsi dengan aplikasi penerima ultrasonik dan inframerah yang disambungkan ke dock iPad, yang menggunakan kuasa bateri. Stylus ini  mampu untuk mengira kedudukan iPen pada skrin iPad dengan menambah sensitiviti dan ketepatan jauh lebih besar daripada hanya menggunakan touchpanel iPad sahaja.



Laporan asal theverge

Info - Infografik Sepanjang Hayat Steve Jobs

Farewell Steve!


Satu infografik mengenai kehidupan Steve Jobs semasa hayatnya oleh Apple.

Rabu, 28 Disember 2011

Shit - Pen Dikeluarkan Dari Perut Setelah 25 Tahun

Pen masih boleh guna! 


Seorang nenek 76 tahun yang mengadu sakit perut dan mengalami cirit-birit serta penurunan berat badan yang melampau dikejarkan ke Hospital Royal Devon & Exeter . Setelah menjalani imbasan CT, doktor di hospital terbabit terkejut kerana terdapat sebatang dildo pen di dalam sistem pencernaan si nenek. Bagaimana pun si suami nenek ini tidak percaya akan kewujudan pen di dalam sistem pencernaan si nenek.

Namun setelah dicerita dengan panjang lebar oleh si nenek, si  suami pun akur dengan cerita tersebut "what kind of sorcery is this??" sambil menjerit tidak puas hati. Menurut cerita si nenek, pen tersebut ditelan secara tidak sengaja ketika dia terjatuh semasa nak check kerongkong.

Sebaik sahaja pembedahan berjaya dilakukan, pen itu dipertontonkan kepada orang ramai  menunjukkan tanda karat oleh asid dalam perut wanita dan agak melekit disebabkan oleh plastik cair. Paling menggemparkan doktor, pen masih berfungsi sepenuhnya walaupun telah berada di dalam perut selama lebih 25 tahun.
*Pen dok dalam perut cerita biasa-biasa saja. Tapi pen masih boleh guna!


Laporan asal metro



Info - Malaysia, Internet dan Rangkaian Sosial

Fakta bukan auta


Satu infografik daripada amanz.my.


Laporan asal fanpage amanz.my

Cool - Hyper Realis Sculpture Daripada Pembuat Kostum Avatar

Realis tahap dewa


Hyper-realis arca yang dicipta oleh Jamie Salmon, yang menjalankan kerja-kerja studio untuk kostum dan arca Avatar di Vancouver, Kanada. Jamie Salmon bersama dengan isterinya Jackie K. Seo berganding bahu untuk mencipta arca hyper-realistik. Tema utama mereka ialah potret dan tokoh-tokoh hidup. Beliau menggunakan bahan-bahan seperti silikon, gam, rambut dan fabrik terpilih.


Cool - Gambar Efek Pada Kelajuan Tinggi

Memang laju!


Gambar efek peluru menembusi objek ini telah diambil oleh Jurugambar Alan Sailer bagi menunjukkan kesan musnah dan mencari corak batik tersembunyi yang mempunyai kalimah nama tuhan-tuhan setiap agama bagi membendung aktiviti-aktiviti freemason. Okay, this is not funny. Kick my ass please.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...